Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Wednesday 6 May 2015

HATI PEREMPUAN SPECIAL!

 Seperti yang awak awak semua tahu, hari ini. Ya hari ini kan 6th May 2015 result upu keluar? Ini adalah upacara yang amat dinanti nanti kan oleh sejagat umat manusia di mana mereka baru selesai menduduk SPM tahun lepas. Aku pun pernah rasa perasaan berdebau macam jantung nak tercabut gila bak hang rasa nak ambil penukul tukul lalaju kepala ni biar tak ingat apa-apa. Ke over sangat aku ni? Perasaan nervous dia tu fuhh memang tak terucap beb. Rasa seram sejuk umpama kau lepas tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung mengilai. Aku rasa banyak sangat introduksen aku ni sampai aku rasa korang mungkin akan tekan button back kan. menyampah.

Bila cakap pasal UPU ni, kita bercakap soal masa depan (Mentality) Pada aku bukan lah satu pengakhiran cerita sebagai manusia bila kita takdapat mana mana tawaran pergi mana mana IPTA. yes brader sista, IPTA memang susah nak masuk sebab itulah yang semua student berlumba lumba nak masuk. Manusia kan. Dia suka buat benda yang susah. Dia tahu benda tu susah, tapi tak nak usaha. Betul tak? 

Bila result upu keluar, aku suka perati ramai gelagat budak budak yang baru nak lepas daripada jagaan mak pak depa nak kenal dunia sebenar. Yes aku suka ambil tahu apa orang sekeliling aku buat. So, apa yang aku dapat simpulkan. Bila tak dapat UPU.  Aku faham doh perasaan student yang tak dapat memana tawaran nak sambung belajar fuh rasa macam nyawa ni tersepit kat mulut buaya. Dia punya rasa down tu kan takpayah nak diceritakan ah. tak tahu nak jawab apa depan mak ayah yang sememangnya mengharapkan kau orang dapat masuk IPTA lagi lagi family yang sederhana saja hidup nya. Kos nak belajar ni tinggi.

Kau fikir aku taktahu apa perasaan engkorang? Tahu. Dont worry. Tunggu UPU berejam jam, system down lah apalah biasalah kalau kerja dengan manusia pun rasa nak penyepak je apatah lagi kerja dengan machine right. dengan IT ni. Nama je dunia canggih tapi kau perlu faham satu benda ni, tak ada apa yg perfect dalam dunia ni. TAK ADA. Bila kau tunggu lama sampai kau rasa kau boleh masak nasi goreng untuk belanja jiran sekampung then bila kau dapat buka tapi jawapan kau dapat tu "ANDA TIDAK BERJAYA & SEBARANG PERMOHONAN RAYUAN BOLEH" bla bla bla gitu lah kan aku pun tak ingat lah sebab lama jugak berlalu. otak ni bukan boleh simpan memory berkurun lama. semalam makan apa pun dah tak ingat.  So memang perasaan kecewa tu Tuhan je yang faham kan? Lagi ah kau frust bila member kau result lagi down dari kau dapat. Lepas tu mula la ada yang cakap or tweet "Ek eleh dia ni dapat 3 A je tapi dapat U" mana adil. Yes dunia ni mungkin pada kau tak adil. tapi kau tu adil ke pada diri kau sendiri? Firstly, jangan terlalu cepat jumped into conclusion. Fikir, renung kan dulu.

Dia ada satu konsep ah dalam dunia ni. Kau kena percaya pada rezeki yang ALLAH sudah tetap dan janjikan untuk hambaNYA. ya, aku faham macam mana peritnya perasaan dia bila kau ada keinginan nak sambung belajar kau rasa kau dah all out masa SPM haritu, tapi bila check UPU Kau kecewa. Kau rasa macam eh kelam nya masa dpan aku. Yelah dengan MATRIK tak dapat, UPU yang diharapkan tak dapat. FORM SIX dapat tapi kau tu aku tanya nak ke ambil form six? Yelah majoriti kan memang kebanyakannya taknak masuk sekolah balik. Klau boleh nak masuk U, nak buat mak ayah bangga. Kau tahu tak perasaan mak abah kita ni diaorang punya bangga tak terkata bila kawan kawan dia tanya " Eh Leman, anak kau dapat masuk mana?" Dan abah-abah kita pun dengan wajah tersenyum senang jawab " Oh anak aku masuk IPTA dekat bla bla bla.." kau pernah terfikir tak perasaan diaorang tu happy macam nak pergi peluk cium kauorang? Bukan nak kata mak bapak kita bangga gila bila kita dapat masuk IPTA tapi mak ayah mana yang ada dekat muka bumi ni taksuka kejayaan anak sendiri setelah selama berbelas tahun dia berpulas bagi kita makan best best dia kerja siang malam carik duit belikan phone ( anak zaman skrang merengek sikit sikit nak tab nak phone nak i phone ) Bagi kau sekolah tinggi tinggi pergi hantar tusyen bagai. Kau tak rasa bila kau dapat hadiahkan satu kejayaan iaitu dapat melanjutkn pelajaran ke mana IPTA depa akan rasa selama ni terbayar rasanya penat lelah depa? Satu je aku pegang sampai skrang, MAK AYAH TAK MINTA DILAMBAKKAN DENGAN DUIT BERKEPUK KEPUK KERETA MEWAH SANA SINI TAPI MEREKA CUMA NAK TENGOK KEJAYAAN KITA"

Back to the main point yang aku nak bahaskan, Kau kena faham yang apply UPU tu beribu ribu tak terkata student yang apply. Sebab tu aku cakap percaya pada rezeki itu je konsep dia. Kalau tk dapat UPU ni kau jangan terus okay fine dah ah give up malas seh nak buat rayuan ke apa ke lantak lah. Kau rasa mak ayah kau tak sedih ke tengok anak dia give up senang jeee macam tu? Aku tahu ada antara kauorang yang bila tengok member seangkatan dapat masuk U dapat tawaran pergi MATRIKS sedangkan kau xdapat mana mana kau rasa dunia kau dah terhenti so kau malas nak usaha kan apa lagi. Kadang kadang demi masa depan si anak si ibu dan si bapak lah yang tak pasal pasal jadi student sebab diorang KISAHKAN MASA DEPAN ANAK ANAK DIAORANG pergi buat rayuan, mohon lagi untuk si anak ni. yang si anak ni jadi boss ah sebab nya dia dah malas nak ambil peduli. Mungkin apa yang aku cakap ni pernah terjadi dekat dalam hidup mana mana family. ini dunia. macam macam boleh berlaku.

Nasihat aku yang tak dapat tu yang kecewa tu tolong jangan give up please lah jangan nak beria sangat kecewanya tu ya mak ayah kau lagi kecewa selama ni duk bagi duit sekolah duk hantar p belajar tapi bila sampai masa anak tak dapat tawaran sambung belajar so nak fikir kecewa, fikir perasaan parents kau dulu. Buatlah rayuan, kalau ada rezeki tak akan kemana kau percaya jelah pada ketentuan TUHAN. Okay kalau rayuan tak dapat jugak fine jangan membongak berlagak taknak masuk tempat lain selain daripada IPTA sebab ad antara kita yang tak nak sambung belajar kalau tak dapat IPTA Kat mana mana pun kau boleh berjaya. janji kau ada usaha and kau ada rasa nak belajar tu tak kisah lah kalau kau belajar course apa sekalipun kala orang cakap course tu peluang pekerjaan sikit kau jerit kat muka dia cakap "REZEKI SAYA BUKAN AWAK TENTUKAN SO DIAM" okay then kau pun teruskan hidup kau macam biasa jangan hirau kata kata orang.

Kau masuk IPTA ke kau Masuk IPTS ke kau ambil SIJIL je ke kau masuk KOLEJ KEMAHIRAN ke kalau ALLAH dah tentukan takdir kau untuk berjaya walaupun tempat kau belajar tu tak gah mana pun, kau fikir ada orang boleh halang? Yang kau perlu risau kan tu diri kau tu, nak ke belajar sungguh sungguh kalau dapat apa yang dihajatkan nanti? Sebab kalau kau masuk U pandai mana pun kau masuk IPTA Yang famous mana pun kalau usaha kau kelaut china selatan belayar tak bertepian kau terdampar jugak di sisiran pantai.

Konsep U lagi mencabar adik adik. Nanti kau akan menghargai betapa beruntungnya kau bila result kau tak ada satu pun repeat paper. Fuh kau akan bersujud gembira tak ingat apa dah dlam masa dua puluh saat. Masa dekat U lah kau tahu macam mana susah mak ayah kau carik duit kasi kau makan sebab duit kau manage sendiri. Memang hidup dekat U banyak ajar aku erti hidup yang sebenar sebelum aku meneroka dunia lebih jauh lagi.

Kepada yang dapat kau orang dapat course yang macam kau rasa tak best untuk kau announce kat member member kau, fikir lah lapan puluh kali sebelum kau tolak sebab nak dapat bukan semudah petik jari okay. Ya banyak terjadi, hm tak minat lah course ni nanti tak boleh nak study lah hmm nanti mesti tak dapat DEAN LIST kalau belajar course yang tak minat. (MENTALITY)

Mari aku nak cerita. Sikit je pasal aku. Aku ni SPM tak hebat, serious SPM aku paras paras hidung. Aku ambil science stream so ada lah semua chemistry bilogy dan fizik yang amat dibenci oleh student science stream yes aku pun geram sebab disebabkan tiga subject berhantu ni aku result spm aku cacat. Okay semua SC subject ni tak ada yang kredit satu pun. Yes kau tahu tak cikgu aku cakap apa? kawan kawan aku cakap apa masa aku datang sekolah nak ambil result ni? Diorang cakap MACAM MANA DENGAN RESULT MACAM NI AWAK NAK APPLY U? WEH AKU RASA KAU SUSAH NI NAK MASUK U KAU MESTI BANYAK COURSE YANG TAK LEPAS.
Aku senyum then aku kata okay nanti aku datang balik kat kau kita tengok aku kat mana eh.

So aku balik lah ke rumah dengan perasaan yang hampa jugak lahh kan. Then terus masuk satu laman web ni yang boleh check based on result kita course mana yang layak untuk dipohon. Kau ghasaa kan apa je course aku boleh apply? Jeng jeng..



-
-
-
-
-
-
-
-
-



BANYAK GILA TANDA PANGKAH DOH DARIPADA BANYAK BANYAK COURSE HAHAHAHA AKU RASA BODOH GILA TIME TU! LOL

Bukan tak ada langsung course yang aku boleh apply ada tapi tak kena dengan jiwa aku ah. Tu lah aku malas sangat nak belajar. aku tak suka science stream subject lain aku okay, jangan ah tanya berapa A tapi subject sc stream buat aku gila! Huh budak sc stream je faham perasaan ni.

Aku apply UPU TAK DAPAT hehehe dah agak Dah, Matrik comfirm lah tak dapat kan dah subject science semua mati segan hidup tak mahu ja. Okay aku buat rayuan. dalam masa yang sama aku tak henti henti doa tiap hari takpernah missed. bukan nak bangga tapi kau kena faham kita hanya mampu berdoa dan usaha. selebihnya ALLAH tentukan. 

Dan ALHAMDULILLAH berkat kesabaran tu, aku ingat lagi abah aku time tu balik kerja awal sebab solat jumaat kan terus je sampai rumah tak tukar baju kerja terus kejut aku. Nak kasi tahu aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran Ke University Of Havar Ceh tak adalah haha UITM je. Orang kata UITM jee. Hello nak masuk pun susah ok? Lempang kang! Muka abah time tu aku ingat lagi senyuman dia adalah senyuman yang aku tak pernah tengok pon sebelum ni. Happy gila kau! Dia cakap adik pergi eh walaupun jauh beribu batu bak hang pantai timur sana tu ha naik bas 9jam kebas bontot aku haih takapa demi Ilmu sanggup ku renangi. Kau fahamkan? Perasaan ayah tu happy dia tak terkata . tak percaya kau cuba cakap kat mak kau "Orang dapat UTM Mak! Pastu kau kata eh tak tipu je. memang kau boleh tengok senyuman dia sekejap je lah pastu kau kena kejar dengan kuali!

Okay, aku dapat kos pentadbiran awam dan memang aku tak minat course ni sebab dulu dulu aku ni nak sangat apply course perladangan hm tak dapat pun padahal sains pertanian I A. tak apa lah rezeki bukan untuk aku dalam bidang tanian. Okay, Belajar pentadbiran awam memenatkan sebab menghafal je doploh empat jam memang kepala kau kepala scanner duk hafal je. sapa tak minat membaca menghafal jangan gatai gatai apply course ni ok boleh jerat diri sendiri. Aku tak minat pun course ni serious dan sekarang aku dah nak masuk tahun akhir. Tak minat tak minat still dapat juga bernafas sebab apa? Sebab aku fikir mak ayah aku kat rumah tu susah payah hantar duit belanja hantar aku belajar jauh jauh semata mata nak tengok aku ni jadi tak macam apa dia nak. Minat tak minat tentang kos yang kau orang belajar ataupun akan belajar tu bukan persoalannya, yang aku buat selama ni aku tanam pasak dalam hati aku belajar sebab aku tak nak kecewa kan mak ayah sebab tu aku usaha juga hadam benda yang aku tak minat. Kau orang pun boleh. kalau aku boleh, pasaipa hang semua tak boleh?

Kadang kadang dalam dunia ni kita terpaksa lepaskan apa yang kita suka demi sesuatu yang lebih baik. Yang mana dah dapat result UPU tu tolong lah fikir dan bincang elok-2 dengan mak ayah korang k? Jangan nak ikut minat sangat, kadang mana kita tahu rezeki kita sangat luas dalam bidang y kita tak minat, belum cuba belum tahu. GOODNIGHT! And goodluck adikadik  menempuh hidup di U, Dunia penuh cabaran ;)
*Abaikan ah tajuk tu, saje nak bagi trafik naik seketul dua ketul hehe jangan marah!

5 comments:

  1. amboi pjgnye..kdg apa yg kita suka tak baik utk kita, yg kita benci tu la yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  2. Akak nak tanya macam mana akak dapat tawaran tu? Melalui rayuan ke?

    ReplyDelete
  3. Akak nak tanya macam mana akak dapat tawaran tu? Melalui rayuan ke?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    Upu

    Pilih kerjaya yang diingini dengan permohonan & semakan upu di Malaysia. Anda boleh mula teroka maklumat dan info yang dikongsikan di sini @ myupu.co.

    Visit Now - http://myupu.co/

    ReplyDelete